94,956 Keluarga Peneroka Felda Terima Insentif RM5,000 Hujung Ogos


PUTRAJAYA 23 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan insentif khas sebanyak RM5,000 kepada 94,956 keluarga peneroka Felda di seluruh negara melibatkan peruntukan berjumlah RM474.78 juta dengan pembayarannya akan dilakukan pada hujung Ogos ini.


Perkara itu merupakan salah satu daripada enam insentif yang diumumkan Perdana Menteri pada Sambutan Hari Peneroka Felda, di sini hari ini.

"Kerajaan tidak akan berganjak dalam membela dan memperjuangkan warga Felda.

"Agenda Felda sentiasa dekat di hati saya. Saya juga yakin dengan kepimpinan Felda yang baharu di bawah Pengerusi, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dalam menekankan integriti, urus tadbir dan fokusnya," katanya ketika berucap merasmikan sambutan tersebut. - UTUSAN ONLINE
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment