3 Beradik Dan Sepasang Kembar Direman Cabul Gadis 16 Tahun


Segamat: Padah gagal mengawal nafsu, tiga beradik lelaki termasuk sepasang kembar direman bagi membantu siasatan kes mencabul kehormatan gadis berusia 16 tahun di Bandar Putra, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Raub Selamat berkata, tiga beradik lelaki berusia 19 hingga 21 tahun itu ditahan di bandar ini pada jam 11 pagi semalam.

Menurutnya, dalam kejadian jam 10 malam, mangsa yang sudah tidak bersekolah pergi ke rumah suspek untuk bertemu adik perempuan mereka atas urusan peribadi.

“Mangsa tidur di bilik rakan perempuannya sebelum dikejutkan seseorang jam 3 pagi. Suspek menghidupkan lampu sebelum mangsa melihat tiga lelaki berada di depannya dan seorang daripada mereka memberi amaran tidak menjerit.

“Suspek mengarahkan adik perempuan mereka yang juga tidak bersekolah tidak masuk campur sebelum mengajak mangsa mengadakan hubungan seks, tetapi ditolak,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, di sini, semalam.

Menurutnya, berang permintaan mengadakan hubungan seks ditolak, lelaki berusia 21 tahun itu menampar mangsa berulang kali sebelum mengarahkan kedua-dua adik kembarnya memegang kaki gadis berkenaan dan meraba tubuh mangsa termasuk kemaluannya.

Katanya, gadis itu yang menangis ketakutan dilepaskan ketiga-tiga suspek sebelum mangsa menghubungi rakan perempuannya sambil memintanya datang.

“Apabila tiba di rumah suspek, rakan perempuan yang mahu menyelamatkan mangsa diugut dengan tukul besi oleh suspek berusia 21 tahun menyebabkan dia meninggalkan mangsa.

“Pada jam 6 pagi (semalam), mangsa pulang ke rumahnya di bandar ini selepas mendapati keadaan selamat dan memberitahu keluarganya perkara yang berlaku sebelum tampil membuat laporan di IPD Segamat.

“Bertindak atas laporan, polis mengesan ketiga-tiga suspek sebelum menahan mereka untuk siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut dan Seksyen 354 kanun sama kerana mencabul,” katanya.

KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 Komentar :

  1. Wow semakin hari semakin ramai terlibat dgn kes rogol. Umno blh lah kumpul semua yg terlibat ni utk daftar ke kolej cabul mencabul nanti. Undang2 civil pun tk berguna setakat bayar denda aje ibarat bayar upah kerana merogol huhu. Tk apa terus sokong umno lg ya dlm pru14 nnti.

    ReplyDelete