[VIDEO] Selepas Chong Wei, Giliran Chen Long Pula Jadi Mangsa Prannoy


KUALA LUMPUR: Selepas menewaskan Datuk Lee Chong Wei, pemain India, HS Prannoy terus mencipta kejutan apabila menyingkirkan juara Olimpik, Chen Long, pada peringkat suku akhir badminton Terbuka Indonesia, sebentar tadi. 

Tampil dengan semangat tinggi pada aksi di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC), Prannoy yang menghuni ranking ke-25 dunia begitupun memerlukan pertarungan tiga set sebelum menewaskan Chen Long 21-18, 16-21 dan 21-19. 

Ketika Chen Long tampak seakan mampu mengimbangi rentak pantas Prannoy yang hanya memerlukan satu mata untuk menang di set ketiga, pukulan ke belakang bintang China itu keluar gelanggang, sekali gus menamatkan aksi yang berlangsung sejam 15 minit. 

HS Prannoy Semalam, harapan Chong Wei yang juga pilihan utama untuk menjadi pemain paling banyak merangkul gelaran juara Terbuka Indonesia tidak kesampaian apabila tewas kepada Prannoy dengan pertarungan straight set 10-21, 18-21. 

Sementara itu, kejutan turut berlaku dalam acara perseorangan wanita apabila pilihan utama, Tai Tzu Ying tewas kepada pemain Thailand, Nitchaon Jindapol. Jindapol yang menghuni ranking ke-14 dunia begitupun dipaksa bekerja keras sebelum menang dalam aksi tiga set, 21-19, 8-21, 21-17 dalam tempoh sejam.


KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment