[VIDEO] Projector Band Ciplak Lagu Aisyah Dari Individu Bernama Chin?


KUALA LUMPUR 17 Jun - Single ketiga Projector Band berjudul Aisyah yang mula diperdengarkan kepada peminat sebulan lalu sudah mula mendapat tempat di hati pendengar biarpun mereka belum lagi menjalankan promosi.

Namun di sebalik lagu Aisyah yang merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh gitaris kumpulan terbabit, Angah, sebenarnya ada cerita yang kurang enak.

Angah atau nama penuhnya Razif Zainuddin berasa terpanggil untuk sekali lagi membetulkan kekeliruan yang pernah timbul sebelum ini.

Terdahulu, Projector Band menerima kecaman daripada ramai pihak kerana dikatakan mencuri lagu orang lain yang dinyanyikan oleh jejaka dari Sabah.

“Lelaki itu sudah pun memohon maaf dan saya pun tak salahkan dia seratus peratus. Malah berterima kasih kerana berminat untuk nyanyikan lagu itu.

“Asalnya, lagu Aisyah itu kami muat naik pada tahun 2013 yang saya cipta sewaktu bersama dengan kumpulan Satu Band. Tetapi lelaki terbabit menyanyikan lagu itu semula dan memuat naik di Youtube tanpa meletakkan kredit penyanyi asal,” katanya.

Malah, apa yang membuatkan Angah terkilan, walaupun lagu terbabit sudah dijadikan single ketiga mereka, masih ada lagi komen negatif di Youtube mengatakan mereka menciplak lagu lelaki yang dikenali sebagai Chin.

“Peminat masa lagi anggap lagu Aisyah itu merupakan hak milik lelaki tersebut dan menuduh kami pula yang curi muzik orang. Sepatutnya dia perlulah menyelesaikan kekeliruan itu kepada semua orang di medium yang betul.

“Yang mana kenal kami, mereka tahu itu lagu kami. Nasihat saya pada mereka yang mahu menyanyikan lagu saduran, harap beri kredit pada penyanyi asal supaya tak timbul masalah pada masa akan datang, “ ulasnya kepada UTUSAN ONLINE.


KLIP VIDEO AISYAH DARI PROJECTOR BAND.


KLIP VIDEO AISYAH DARI CHIN.

Lagu Aisyah yang dimuatnaik oleh jejaka Sabah ke laman Youtube pada 2 Mei 2016.



KLIP VIDEO AISYAH DARI SATUBAND.

Lagu Aisyah yang dimuatnaik oleh Razif (Projector Band) ketika bersama SatuBand ke laman Youtube pada 8 Februari 2014.

KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment