[VIDEO] Cubaan Pecah Mesin ATM, 3 Diberkas Polis


Tiga lelaki berputih mata selepas cubaan mereka memecahkan mesin pengeluaran wang di sebuah bank di Kota Damansara, Selangor awal pagi semalam gagal.

Ketiga-tiga mereka diberkas polis tidak lama selepas kejadian.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, dua penjenayah berpakaian serba hitam dan menutup muka memasuki ruang mesin ATM bank ini kira-kira jam 3:25 pagi.

Mereka yang bersenjatakan tukul besi kemudian memecahkan ruang penyimpanan wang.

Mereka juga dilihat mengikat kabel pada bahagian mesin ATM sebelum ditarik dengan kenderaan.

Usaha berkenaan bagaimanapun gagal menyebabkan kedua-dua penjenayah melarikan diri.

Polis yang menerima maklumat daripada orang awam segera bergegas ke lokasi.

Sebuah kereta peronda polis yang membuat pemeriksaan di sekitar kawasan itu kemudian terserempak sebuah kereta Honda City dalam keadaan mencurigakan.

Kereta itu kemudian dipintas dan hasil pemeriksaan terhadap tiga lelaki di dalam kereta, polis menemui sebatang tukul besi dan kabel besi.

KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment