Tragedi Hawk 108 : Anggota Keselamatan Teruskan Usaha Walaupun Berpuasa


KEMAMAN, 16 Jun ― Berpuasa dan berdepan cuaca panas bukan halangan bagi anggota pasukan keselamatan yang terlibat dalam misi mencari pesawat pejuang Hawk 108, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan terhempas di Kampung Yak Yah, di sini semalam.

Seorang daripada mereka yang tidak mahu identitinya didedahkan, berkata beliau dan beberapa rakan sepasukan terpaksa meredah kawasan berpaya dan dipenuhi semak-samun untuk tiba di kawasan serpihan pesawat ditemui, kira-kira 400 meter dari jalan utama Ibok-Chukai.

“Orang mungkin nampak tugas pasukan beruniform ini mudah, tetapi bila dalam keadaan krisis banyak pengorbanan yang dilakukan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Kemaman Supt Mohd Said Ibrahim bersama 10 pegawai dan anggota menjalankan siasatan di kawasan penemuan bangkai pesawat tersebut.

Pihaknya terpaksa meredah kawasan hutan dan berpaya selama lebih tiga jam bagi mengesan bangkai pesawat yang ditemui pada 2 petang tadi.

Dalam kejadian semalam pesawat Hawk 108 yang berlepas dari Pangkalan TUDM Kuantan pada 11 pagi terputus hubungan dengan menara kawalan kira-kira setengah jam kemudian.

TUDM yang melancarkan operasi mengesan pesawat itu kemudian mengesahkan dua juruterbang pesawat terbabit Mejar Mohd Hasri Zahari, 31 dan Mejar Yazmi Mohamed Yusuf, 39 terkorban sekalipun berjaya melenting keluar daripada pesawat yang dipercayai terhempas. ― Bernama

- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/redah-hutan-kawasan-berpaya-cari-hawk-108#sthash.pOGs8rIz.dpuf
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment