TMJ Diundang Chelsea FC Untuk Saksikan 'International Champions Cup'


DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor menerima undangan rasmi daripada Kelab Bolasepak Chelsea untuk menyaksikan perlawanan membabitkan pasukan Chelsea dalam kejohanan 'International Champions Cup' yang akan berlangsung di Stadium Nasional, Singapura. 

Pada perlawanan itu, Chelsea dijadualkan akan menentang Bayern Munich yang akan berlangsung pada 25hb Julai 2017.


Ini adalah satu inisiatif bagi kedua-dua pihak untuk merapatkan hubungan antara Kelab Chelsea dan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi projek-projek pembangunan bola sepak pada masa akan datang. 

Surat ini juga telah membuktikan bahawa misi dan visi DYAM Tunku Mahkota Johor sebelum ini yang mahukan JDT dikenali dunia tetap diteruskan.

Sebelum ini JDT telah mengadakan hubungan luar dengan beberapa kelab Eropah seperti Borussia Dortmund, Valencia dan kelab dari Jepun, Hokkaido Consadole Sapporo. Ia adalah satu perkara yang positif apabila JDT mempunyai kaitan dan perhubungan dengan kelab-kelab besar bola sepak dunia.

KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment