Timbalan Presiden PCM Desak Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Siasat Skandal Pulau Pinang.


Tindakan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang menggesa agar satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi tujuan menyiasat kerugian yang dihadapi Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah mendorong Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan untuk turut tampil mendesak agar tindakan yang sama diambil untuk menyiasat penjualan tanah dan terowong di Pulau Pinang.

Datuk Huan Cheng Guan melalui facebooknya mencadangkan perkara tersebut.

Menurut beliau, DAP seharusnya adil dalam membuat sebarang desakan dan bukan hanya bersifat berat sebelah yang mengenepikan sebarang isu melibatkan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sekiranya DAP mahukan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dibentuk berhubung isu melibatkan FGV dan Felda, DAP juga seharusnya bersedia untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu panas di Pulau Pinang iaitu penjualan tanah dan projek terowong di negeri ini, tambahnya lagi.

- MyFokus

KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment