[TERKINI] 6 Maut, 120 Hilang Tertimbus Hidup-Hidup Akibat Tanah Runtuh


BEIJING: Pasukan penyelamat menemui sekurang-kurangnya enam mayat mangsa insiden tanah runtuh di wilayah Sichuan, China, hari ini.

Media kebangsaan juga melaporkan insiden itu menyebabkan 120 mangsa hilang, dipercayai tertimbus.

Ketua Jabatan Bomba tempatan, Wu Xiaobin, ketua mengesahkan lima kematian itu selepas berlaku runtuhan besar yang memusnahkan rumah dan bangunan di kawasan perkampungan Xinmo.

Difahamkan, operasi mencari dan menyelamat mangsa teruskan dijalankan.

Kira-kira 40 rumah di kampung Xinmo ditimbus runtuhan tanah selepas tebing sebuah gunung runtuh, sekali gus menyekat aliran sungai sejauh dua kilometer, kata agensi berita negeri Xinhua.

Polis tempatan, Chen Tiebo, berkata insiden itu ada kaitan dengan hujan lebat di rantau ini sejak beberapa hari lalu. - AFP
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment