Siri Animasi Boboi Boy Galaxy Dihentikan Tayangan Buat Sementara?


Bagi peminat siri Boboi Boy Galaxy yang bersiaran di TV3 setiap hari Jumaat, anda pasti akan sedikit kecewa dengan pengumuman yang dikeluarkan oleh Pengarah siri itu.

Saudara Nizam Razak melalui facebook peribadi beliau pada entri bertarikh 22 Jun lalu memaklumkan bahawa siri animasi tersebut bagi episod 14 sehingga 18 hanya akan ditayangkan kepada umum pada musim cuti sekolah hujung tahun iaitu sekitar November atau Disember 2017.

Melalui status yang sama, beliau turut memaklumkan bahawa perkara itu berlaku kerana mahu memberikan masa untuk persediaan produksi Boboi Boy The Movie 2 yang bakal bermula tidak lama lagi.


KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment