Shuib Sepahtu Harapkan Doa Peminat Untuk Cepat Sembuh


KESIAN pula dengan nasib yang menimpa Shuib Sepahtu apabila dia disahkan menghidap demam campak beberapa hari sebelum menjelang Syawal.

Orang lain sibuk beraya nampaknya Shuib kenalah tahan keinginannya itu seketika sehingga sembuh seperti biasa.

Menerusi gambar yang dikongsikannya di laman Instagram (IG), Shuib menunjukkan badannya yang dilumurkan dengan daun semambu bagi menyembuhkan penyakit tersebut.

“Dugaan raya tahun ni agaknya. Dah ade rasa nak kena demam campak sebab anak-anak semua berganti-ganti kena campak. Lepas berbuka semalam, satu badan sakit serta ade bintik-bintik merah dan berair.

“Pergi ke klinik untuk berjumpa dengan doktor dan terus doktor memberitahu ‘yesawak memang kena demam campak’. Termenung kejap sebab raya hanya tinggal beberapa hari sahaja.

“Doakan saya cepat sihat, kalau campak ni nak kluar, jangan la keluar banyak sangat. Saya nak raya, doakan saya cepat sembuh. AMIN,” tulisnya di IG.


Bapa kepada tiga cahaya mata ini walau bagaimanapun reda dengan penyakitnya itu dan meletakkan hashtag #penghapusdosakecil di entri berkenaan.

Semoga cepat sembuh Shuib! – MYNEWSHUB.CC
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment