Senarai 18 Individu Menjadi Buruan ESSCOM


Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) hari ini mengeluarkan senarai terbaru 18 individu yang dikehendaki kerana disyaki terbabit dalam jenayah rentas sempadan di Zone Selamat Timur Sabah (ESSZONE). 


Komander ESSCOM DCP Dato’ Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid dalam satu kenyataan berkata kesemua 18 individu terbabit adalah warga asing yang dikehendaki bagi membantu pasukan keselamatan menyelesaikan isu jenayah rentas sempadan yang berlaku di perairan Pantai Timur Sabah pada tahun lepas. 

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat kepada ESSCOM dan pasukan keselamatan bagi membolehkan kita mengambil tindakan yang sewajarnya termasuk menjejaki mereka.

"Setelah kita teliti dan siasat termasuk mendapatkan maklumat terbaru daripada rakan kita di Filipina, ini adalah senarai terbaru individu yang dikehendaki dan disyaki terbabit dalam beberapa kes jenayah rentas sempadan yang belum ditahan dan berkas samada oleh pasukan keselamatan kita mahupun pasukan keselamatan di negara Filipina sepanjang tahun lepas. Kesemua mereka adalah warga asing", katanya di sini hari ini. 

Menurutnya lagi, kita turut memasukan Isnilon Hapilon ketua kumpulan Abu Sayaf di Basilan dan ketua elemen Islamic State (IS) di selatan Filipina dan Abdullah Maute, ketua kumpulan militan Maute di Marawi City kerana dikhuatiri mereka ini akan melarikan diri ke mana-mana negara termasuk ke Malaysia melalui Sabah ekoran tindakan ketenteraan yang sedang dilakukan oleh kerajaan Filipina bagi menghapuskan pemberontak Maute di Marawi City.

“Susulan daripada tindakan ketenteraan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Filipina di Marawi City, kita khuatir mereka ini akan melarikan diri ke negara kita sama ada menyamar sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI) ataupun sebagai nelayan asing”.

“Saya meminta kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dengan individu yang disenaraikan di atas, boleh menghubungi Bilik Gerakan ESSCOM di talian 089-863181 atau WhatsApp ke 013-880 3585 atau 019-230 5909 ataupun Balai polis yang berhampiran untuk tindakan selanjutnya, katanya.
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment