PM Senarai 3 Prinsip Selesai Kemelut FGV



KOTA TINGGI 10 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu kemelut Felda Global Ventures (FGV) diselesaikan segera dan menggariskan tiga prinsip untuk menangani isu tersebut.

Beliau berharap kemelut yang menarik perhatian ramai sejak beberapa hari lalu itu diselesaikan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Menurutnya, tiga prinsip utama menyelesaikan kemelut tersebut adalah yang pertama, tindakan yang diambil mesti dilakukan dengan mematuhi undang-undang syarikat.

“Yang kedua, dilakukan selaras dengan urus tadbir yang baik dan ketiga, proses membuat keputusan dibuat secara adil,” katanya dalam Majlis Ihya Rahmat Ramadan Felda Peringkat Kebangsaan 2017 di Felda Sungai Sayong dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Perdana Menteri berkata, isu itu harus diselesaikan segera kerana memang menjadi hasrat kerajaan menjadikan FGV sebuah syarikat konglomerat yang berjaya bernilai tinggi.

Menurutnya, pelantikan Datuk Seri Idris Jala adalah untuk membantu melihat permasalahan itu dan mencari penyelesai­an yang tepat dan dilakukan de­ngan adil.

“Kita mahu FGV ini berjaya dan terus bernilai tinggi termasuk sahamnya terus naik dan memberi manfaat kepada semua khususnya peneroka,” katanya sambil meminta peneroka memberi kepercayaan penuh kepada kerajaan dalam menangani kemelut tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pm-garis-tiga-prinsip-1.491966#ixzz4jdF4597X
© Utusan Melayu (M) Bhd
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment