PM Mahu Pembinaan Sekolah Baharu, Blok Tambahan SK Kebun Baharu Dipercepat


BANTING, 16 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pembinaan sekolah baharu dan blok tambahan bagi Sekolah Kebangsaan Kebun Baharu di Telok Panglima Garang di sini, dipercepatkan bagi mengurangkan kesesakan di sekolah itu.

Beliau berkata ketika ini, sekolah berkenaan yang dibuka pada 1951, dikongsi oleh hampir 2,000 pelajar dari Kampung Batu 9 dan Kampung Batu 10 di sini.

"Saya mahu projek ini disegerakan supaya ia dapat kurangkan kesesakan sekolah ini kerana saya diberitahu bilangan penduduk bertambah setiap tahun," katanya ketika berucap pada majlis Iftar Perdana Menteri Bersama Rakyat Selangor Daerah Kuala Langat di Masjid Nurul Iman, Kampung Batu 10 di sini, hari ini.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat Datuk Sulaiman Karli.

Najib turut mengumumkan sejumlah peruntukan untuk membaik pulih Masjid Nurul Iman.

Dalam ucapannya, perdana menteri sempat berseloroh dengan meminta para penduduk mengingati kedatangannya ke kampung itu hari ini.

"Saya diberitahu saya merupakan perdana menteri pertama datang ke kampung ini. Mudah-mudahan lawatan saya ini menjadi ingatan berpanjangan terutama dua hari 'raya'� satu (hari) raya terdekat ini dan (pilihan) 'raya' akan datang.

"Jadi janganlah lupakan kedatangan saya ke sini, mudah-mudahan kita dapat kebaikan," katanya.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan sumbangan zakat beliau kepada anak-anak yatim dan asnaf serta menyampaikan elaun sara hidup berjumlah RM1.68 juta kepada Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Langat.

Beliau kemudian menunaikan solat Maghrib di masjid berkenaan sebelum bertolak ke Masjid Al Islah, Kampung Sawah, Banting di sini, untuk menunaikan solat Isyak dan Tarawih bersama penduduk setempat.

Terdahulu, Najib meluangkan masa melawat kediaman dua penerima bantuan Program Baik Pulih Rumah, Ahmad Selamad, 75, dan Faizah Md Ambiah, 43, di kampung berkenaan.

Beliau turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM56,000 kepada Faizah bagi membaik pulih rumahnya dan sumbangan duit raya serta hamper makanan kepada Ahmad.

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Faizah berterima kasih dengan sumbangan kerajaan itu.

"Rumah kami sudah rosak, siling sudah bocor dan jika hujan lebat, rumah ditembusi air. Dengan bantuan ini, saya akan membaik pulih rumah ini demi keselesaan isteri dan enam anak saya," katanya.

-- BERNAMA
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment