Perlantikan Tun M Ketua Pakatan Harapan : Belum Ada Lampu Hijau


KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan masih belum lagi membuat sebarang keputusan berhubung siapa yang bakal mengetuai gabungan tersebut.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata sehingga kini pimpinan Pakatan Harapan masih lagi berbincang berhubung barisan kepimpinan gabungan tersebut.

"Sebarang keputusan mengenai perkara ini akan diumumkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan," kata Fahmi melalui temu bual telefon bersama Astro AWANI.

Sementara itu, apabila ditanya sama ada benar Biro Politik PKR sudah bersetuju untuk melantik Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Pakatan Harapan, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata perkara tersebut adalah tidak tepat.

"Inaccurate. (Tidak tepat). PKR akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini," katanya dalam sistem pesanan WhatsApp kepada Astro AWANI pagi ini.

Pagi ini, ada laporan portal memetik sumber dalaman parti bahawa Biro Politik PKR sudah menyatakan persetujuan agar Tun Mahathir dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan.

KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment