Pembinaan Jalan Ranau- Tamparuli-Telipok-Kiulu Sudah Dimulakan.


RANAU: Kerajaan sudah memulakan pembinaan jalan raya baharu Kota Kinabalu ke Ranau bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya di laluan itu pada masa ini.




Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun berkata sebelum ini masalah fizikal tanah menyebabkan kerja-kerja pelebaran jalan antara Ranau–Tamparuli tidak dapat dijalankan.





“Jalan raya baharu yang dicadangkan itu bermula di Telipok-Kiulu hingga ke Kampung Randagong, Ranau, setelah kajian keadaan fizikal tanah di sepanjang jalan di antara Tamparuli dan Ranau tidak sesuai untuk kerja pelebaran jalan kerana di situ kerap mengalami masalah tanah runtuh.

“Lebih banyak kerja pelebaran jalan dibuat, lebih banyak masalah tanah runtuh akan berlaku.

Justeru, cara yang terbaik ialah untuk membina satu jalan raya baharu antara RanauTelipokTamparuli-Kiulu”, katanya di sini baru-baru ini.

Masidi berkata apabila projek menelan Kos lebih RM300 juta itu dapat direalisasikan, tanah di kawasan-kawasan yang terlibat akan memberi manfaat kepada pemiliknya.

Justeru, beliau menyarankan agar penduduk kampunguntuktidakmenjual tanah-tanah mereka demi meningkatkan taraf sosio ekonomi menerusi pemasaran hasil pertanian mereka di kawasan berkenaan.

“Sekiranya jalan ini menjadi kenyataan, tanah di kawasan tersebut akan melambung nilainya.

Tanah itu juga boleh dibuka oleh para penduduk yang memang rajin dan dapat memasarkan hasil pertanian yang akan mengeluarkan mereka dari kepompong kemiskinan,” katanya.

Jalan raya baharu yang dicadangkan itu bermula di Telipok-Kiulu hingga ke Kampung Randagong, Ranau, setelah kajian keadaan fizikal tanah di sepanjang jalan di antara Tamparuli dan Ranau tidak sesuai untuk kerja pelebaran jalan kerana di situ kerap mengalami masalah tanah runtuh.
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment