Pembantu Peribadi Datuk Alif Syukri Kemalangan


Setelah kecoh mengenai isu pembantu rumahnya mencuri, usahawan produk kesihatan, Datuk Aliff Syukri ditimpa satu lagi dugaan.

Pembantu peribadi usahawan produk kesihatan dan kecantikan Datuk Aliff Syukri, Mohd Iqbal Sani dilapor terbabit dalam kemalangan tengah malam tadi.

Setakat ini tiada maklumat, bagaimana kemalangan berlaku. Ketika itu Iqbal menunggang motosikal.

Datuk Aliff dalam akaun Facebooknya meminta orang ramai mendoakan agar pembantu peribadinya selamat.

Melalui "Facebook live" kira-kira jam 7 pagi tadi, Datuk Aliff memaklumkan beliau kini sedang dalam perjalanan membawa pembantu peribadinya ke sebuah hospital swasta di Sunway setelah dipindahkan dari hospital kerajaan.
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment