Pelajar Lelaki Maut Kecederaan Dikepala Akibat Mercun


KUCHING, 25 Jun — Seorang pelajar lelaki berusia 12 tahun maut akibat kecederaan di kepala selepas berlaku letupan kuat ketika dia bermain mercun di Kampung Bintawa Hilir dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata kejadian berlaku kira-kira 12.15 malam apabila bapa budak lelaki itu terdengar letupan kuat di luar luar dan mendapati anaknya itu terbaring dan tidak bernyawa.

Ketika itu Haiqal Hakim Zolpaka pelajar Sekolah Kebangsaan Matu Baru dikatakan bermain mercun seorang diri di luar kediaman ibu bapanya, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

“Orang ramai kemudian telah bertindak mengangkat mayat mangsa ke dalam rumah sementara menunggu polis sampai,” katanya.

Abang Ahmad berkata siasatan awal polis mendapati Haiqal Hakim bermain mercun di luar rumah seorang diri sebelum itu.

“Pemeriksaan mendapati terdapat kesan kecederaan pada kepala si mati. Mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut,” katanya.
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment