PDRM Serbu Pusat Maksiat Selangor, 72 Ditahan


Polis Selangor akan meneruskan operasi membanteras kegiatan haram dan maksiat tanpa mengira bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya tidak lama lagi.

Ini kerana hasil operasi dilakukan setiap hujung minggu mendapati, premis hiburan serta mesin judi masih aktif beroperasi termasuk yang melibatkan pekerja dan pelanggan beragama Islam.

Ops Noda dijalankan serentak Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat D7 IPK Selangor di Daerah Subang Jaya, Petaling Jaya, Serdang dan Klang Selatan awal pagi tadi.

Sasaran operasi, pusat-pusat hiburan, rumah urut serta premis hotel yang menawarkan khidmat refleksologi dan permainan slot mesin judi.

Lima premis digempur dalam operasi ini.

72 orang ditangkap kerana melakukan pelbagai kesalahan.

Kebanyakannya, wanita warga asing yang menyalah gunakan pas lawatan untuk bekerja sebagai GRO atau pelacur.

14 yang ditahan juga didapati positif dadah.

Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah terlibat untuk tindakan lanjut.

Sumber: Buletin TV3
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment