Mogok Lapar Protes SPR Hanya Bertahan 12 Jam, Dihentikan Atas Nasihat Doktor


PETALING JAYA: Adun Hutan Melintang S Kesavan terpaksa menghentikan mogok lapar membantah kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas dikejarkan ke Hospital Putrajaya semalam.

Bagaimanapun, beliau akan pergi ke pejabat SPR untuk bertemu Pengerusi Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah selepas sambutan hari raya Aidilfitri.

“Saya cuma sempat mogok lapar selama 12 jam sahaja. Atas nasihat doktor, saya akur untuk tidak adakan mogok lapar lagi memandangkan saya juga menghidap penyakit lain,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

S Kevasan melancarkan protes 48 jam semalam sebagai membantah kegagalan SPR menjawab isu pemindahan dan pendaftaran pengundi yang bukan bermastautin di DUN Hutan Melintang.

Menurut Kesavan, SPR enggan menerima 200 keping Borang Bantahan C berkait pemindahan masuk dan pendaftaran baru lebih 2,000 pengundi yang dipercayai bukan penduduk Hutan Melintang.

Bahkan, Rang Daftar Pemilik Tambahan Suku Pertama 2017 menempatkan 22 pengundi di kawasan yang tidak berpenghuni dan dipenuhi pokok kepala sawit.

Pada PRU-13 lalu, Kesavan memenangi kerusi DUN Hutang Melintang dengan majoriti 1,240 undi, menewaskan 3 pencabar lain. Kesavan meraih 10,155 undi manakala pencabar terdekatnya Supramaniam Ramalingam dari BN menang 8,915 undi.

“Saya sedaya upaya ikut saluran dibenarkan kerajaan. Jika tetap tidak mahu mendengar luahan saya, maka saya akan terus desak selepas hari raya ini.

“Saya akan cuba dapatkan temujanji dan usahakan untuk bertemu dengan pihak SPR. Biar rakyat Malaysia lihat sendiri layanan dan sikap pengerusi SPR ini,” katanya.

Ia bukan protes pertama oleh Kesavan. Pada 9 Jun lalu, beliau membawa tilam dan bantal ke SPR Perak bagi mendesak Hashim bertemu dan menerima surat bantahannya.

Sementara itu, Kesavan juga membuat laporan polis di IPD Putrajaya pagi tadi selepas aduan dibuat terhadapnya mendakwa beliau melakukan kekacauan dan mengganggu tugas SPR.

“Saya buat laporan polis menjelaskan apa yang berlaku semalam. Saya juga persoalkan mengapa saya dipanggil untuk diambil keterangan.

“Saya dan rakan-rakan buat 30 laporan polis berhubung isu pengundi DUN Hutan Melintang, tetapi tidak ada sesiapa sehingga hari ini yang dipanggil untuk berikan keterangan,” katanya.

-FMT

*Video di bawah sekadar untuk selingan kita bersama;

KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment