Minta Bayaran Ketika Kemalangan : Kementerian Pengangkutan Ambil Tindakan


KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan akan berbincang dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi mencari penyelesaian isu bayaran ketika berlakunya kemalangan.

Tegas Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, perkara ini tidak sepatutnya berlaku terutamanya dalam situasi kecemasan.

"Kita akan melihat tindakan mana yang boleh diambil ke atas operator kren dan kereta tunda kerana ia membabitkan perdagangan ketika berlaku kecemasan.

"Kita juga akan melihat kaedah terbaik supaya penyedia perkhidmatan ini tidak perlu menunggu pengesahan bayaran yang akan menyebabkan usaha menyelamat bagi kes kecemasan menjadi lewat.

"Saya rasa kejadian seperti ini amat menyedihkan kerana kejadian kecemasan perlu ada keikhlasan dalam membantu mangsa," katanya kepada Astro AWANI selepas Majlis Berbuka Puasa bersama media pada Isnin.

Sebelum ini, anggota bomba dan penyelamat mengambil masa sehingga lima jam untuk mengeluarkan enam mangsa yang rentung daripada remukan kenderaan yang terbabit dalam nahas di Kilometer 25, Jalan Bahau-Keratong

Difahamkan, selain pemilik treler dari Kemayan yang enggan bekerjasama, beberapa pengendali kren juga keberatan memberi pertolongan kerana tidak tahu pihak yang akan membayar perkhidmatan mereka.

Keadaan itu menyebabkan pasukan penyelamat terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk mengalihkan treler yang menghempap Proton Exora, termasuk cuba menggunakan khidmat kenderaan berat lain seperti lori tangki dan lori ikan, namun tidak berhasil.

Dalam kejadian tersebut, Osman Mohamed Taip, 31 dan isterinya, Rosniza Othman, 32, maut dalam kemalangan membabitkan tiga kereta iaitu Perodua Myvi, Proton Exora, Toyota Vios serta sebuah treler pada jam 2.20 petang Ahad.

Kemalangan itu turut menyebabkan enam sekeluarga berusia antara tujuh tahun dan 51 tahun, rentung apabila Proton Exora mereka terbakar selepas dihempap treler berkenaan.
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment