Meriam Karbaid : Kanak-Kanak Melecur Teruk Di Bahagian Muka


PULAU PINANG 12 Jun - Seorang kanak -kanak lelaki melecur teruk pada bahagian muka ketika bermain meriam karbaid dalam kejadian di Kampung Sungai Lokan, Kepala Batas pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian pada pukul 7 petang itu, mangsa dikatakan cuba menyalakan api sumbu meriam berkenaan menggunakan pemetik api.

Menurut sumber, kanak -kanak berusia 10 tahun itu tidak bernasib baik apabila api menyambar mukanya.

"Mangsa kemudian terjatuh dan dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk mendapatkan rawat dan dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan lanjut," katanya.

Sementara itu, kejadian berkenaan tular di media sosial dengan orang ramai memberi pelbagai reaksi. 

KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment