Lelaki Maut Selepas Lompat Keluar Teksi



SINGAPURA 10 Jun - Seorang lelaki terbunuh selepas didakwa melompat keluar daripada sebuah teksi yang sedang bergerak di Bedok Reservoir Road awal pagi tadi.

Menurut The Straits Times, ketika kejadian, mangsa dikatakan bersama seorang wanita dalam teksi itu.

Akhbar tersebut kemudian memetik laporan Lianhe Wanbao sebagai berkata, mangsa dipercayai melompat keluar daripada kenderaan itu selepas bertengkar dengan wanita terbabit.

“Lelaki berusia 22 tahun yang tidak sedarkan diri selepas insiden itu kemudian dibawa ke Hospital Besar Changi. Dia bagaimanapun disahkan meninggal dunia di sana,” kata seorang jurucakap polis.

Ujarnya, buat masa ini, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/singapura-lelaki-maut-selepas-lompat-keluar-daripada-teksi-1.491970#ixzz4jdFk5JwC
© Utusan Melayu (M) Bhd
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment