Kerajaan DAP Pulau Pinang Didesak Perjelas Enakmen - GERAKAN


PULAU PINANG 9 Jun – Parti Gerakan negeri membayangkan Kerajaan DAP Pulau Pinang akan menjual lebih banyak tanah di negeri ini menerusi Enakmen Perbada­nan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang 2017.

Ketua Biro Publisitinya, Ooi Zhi Yi berkata, perkara itu boleh berlaku kerana kerajaan negeri diberikan hak tertentu dalam me­nguruskan stadium dan kawasan lapangan di negeri ini di bawah Fasal 3(3)(c) enakmen berkenaan.

Katanya, menerusi fasal berkenaan, perbadanan di bawah kerajaan negeri berhak memindahkan, me­nggadai janji, mendemis (melupus), memajak, menyerah hak semula, memindahkan stadium dan kawasan lapangan di bawah pengurusan perbadanan.

“Kerajaan negeri juga boleh melupuskan atau memperlakukan mana-mana harta alih atau harta tidak alih atau apa-apa kepentingan yang terletak hak pada perbadanan tersebut.
Advertisement

“Memandangkan perbadanan ini baru sahaja diluluskan, kita ingin ke­rajaan negeri jelaskan di mana stadium dan kawa­san lapangan yang akan dikendalikan perbadanan kerana bimbang lebih banyak tanah di negeri ini dijual,” dakwanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

© Utusan Melayu (M) Bhd
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment