Kepala Budak Tiga Tahun Sangkut Di Lubang Katil Pusat Urut


IPOH, 14 Jun — Akibat bermain di sebuah rumah urut, kepala seorang kanak-kanak tersangkut dalam lubang katil urut sehingga terpaksa meminta bantuan bomba.

Jessy Foong Jin Eu, 3, tidak dapat bergerak hampir sejam dalam kejadian di Jalan Temenggong, Taman Ros, di sini, lapor Harian Metro. 

Kanak-kanak itu dipercayai bermain di bawah katil berkenaan sebelum memasukkan kepalanya menerusi lubang dari bawah.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menerima panggilan keluarga mangsa kira-kira 11 pagi. 

“Anggota bomba bertindak menggunakan gunting dan pisau untuk memotong kulit katil yang diperbuat daripada PVC (polivinil klorida) serta span di keliling leher mangsa hingga kepala mangsa dapat dikeluarkan," kata jurucakap jabatan itu.

Operasi mengeluarkan kepala mangsa mengambil masa kira-kira 90 minit dan tiada kecederaan dilaporkan.

KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment