Jangan Terkejut, Spiderman Juga Berzakat


KUCHING, 14 Jun — Amil zakat fitrah tidak pelik menerima seorang “Spiderman” yang menunaikan kewajipan rukun Islam itu di pusat beli-belah di sini.

Pemakai kostum adiwira popular itu, Harris Fazri Hashim, 40, pula menyifatkan gelagat ganjil itu sebagai “kenangan manisnya”, lapor portal Berita Harian.

“Amil yang berada di kaunter pembayaran berkenaan tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap saya dan tidak pula seorang kekok melihat saya,” katanya.

Beliau mengenakan kostum biru dan merah itu bagi menyertai pertandingan ‘Kostum Hari Raya’ di pusat beli-belah Majma’ Sultan Abdul Halim.

Namun Harris tidak menyangka tindakannya membayar zakat dalam pakaian itu menarik perhatian ramai apabila fotonya menular di media sosial semalam.

KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment