Guru Liwat Pelajar Didakwa Di Mahkamah


Seorang guru Bobby Seli, 42, didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan meliwat seorang pelajar lelaki.

Pertuduhan kesalahan di bawah Seksyen 377 C Kanun Keseksaan itu dibacakan di hadapan Pegawai Daerah Mukah Safri Saili.

Bagaimanapun setelah tuduhan dibacakan, tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau berkata tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM10,000 serta dua penjamin bergaji tetap RM2,000.

Kes bakal disebut semula pada 25 Julai 2017 di mahkamah sama.

Tertuduh juga dilarang berjumpa serta menghubungi mangsa.

Pada minggu lepas, Bobby diberkas polis di sebuah sekolah rendah di Kapit kerana dipercayai meliwat seorang pelajar tidak kurang 50 kali sejak Ogos 2015.

Perbuatan terkutuk itu dipercayai bermula di sebuah sekolah rendah di Kapit dengan mangsa mendakwa diliwat guru berkenaan sebanyak 20 kali di kuarters guru dan di sebuah hotel di Kapit antara Ogos dan Disember 2015.

Mangsa turut mendakwa diliwat kira-kira 30 kali sepanjang tahun lepas di sebuah rumah di Kemuyang, Sibu.
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment