Didakwa Halau Dan Ugut Penyewa Hotel, Pemilik Tampil Tunjukkan CCTV


Susulan dakwaan menghalau dan mengugut oleh pemilik akaun facebook Ucu Baah seperti yang pernah dikongsikan portal ini, pemilik hotel tersebut akhirnya dikatakan tampil untuk mendedahkan rakaman CCTV berdurasi 32 saat berhubung kejadian itu dan membuat dakwaan balas bahawa pekerjanya dikasari.
Video tersebut yang diterbitkan melalui laman facebook Malaysia Viral Story turut diletakkan kapsyen berikut;

Video dari pemilik hotel bajet medan kidd 
Ini pula adalah rakaman cctv hotel mnunjukkan bahawa staff hotel telah pun dikasari oleh salah seorang daripada keluarga pengadu iaitu keluarga Ucu Baah (pemilik akaun yg menviralkan berita palsu tanpa bukti kukuh) yg sedang mengkhianati perniagaan kami dgn cara menviralkn perkara yg tidak benar dan direka semata mata untuk memuaskan hati sendiri, dengan niat menjatuhkan rangkaian hotel kami dan merosakkan nama kumpulan hotel bajet malaysia, khusus nya hotel bajet medan kidd..seperti yg kita lihat dlm viral yg sblom nya, mngatakan mereka adalah keluarga yg dizalimi oleh pihak kami(hotel)..tp cuba rakan rakan lihat, siapa kah yg menzalimi keadaan didalam rakaman ini.. Saya (owner)tidak ingin mengulas panjang dan biarlah netizen yg memberi pandangn tersendiri selepas segala fakta2 dn intipati kes dirungkaikan..kami akui mmg ade kesilapan teknikal diatas staff kami, tapi adakah patut diperlakukan sebegitu rupa.. Yg paling penting, kalau pun hebat sgt seorang lelaki itu, adakah dgn menaikkan tangan terhadap seorang insan yg bernama wanita.. Yg hanya bekerja mencari sesuap nasi.. Kita cuba letakkn, klau yg kene itu adalah salah seorang daripada ahli kluarga kita, saudara kita dn sebagai nya..dihadapn PDRM pon die bertindak melulu seperti itu.. Adakah wajar??? Adakah org ini mengamal kan undang undang..Dan cuba untuk mengajar org lain undang undang. Fikir fikir kn lah..saya berharap agr bukti2 ini dpt memahamkn semua rakan rakan yg mungkin tersilap kiraan, dan terus menerus memberikan tohmahan, cacian dan makian kepada hotel saya dn saya sendiri..anda ingin kn bukti, segala nya dh ada... Kenapa saya mendiamkan diri, bkn kerana takut, tp saya ingin menyelesaikan dgn cara yg profesional, kerana ini melibatkn banyak pihak...sekiranya ada lagi yg blom berpuas hati.. 
INI ADALAH NO. TELEFON SAYA
019 573 6787..Encik Abd Hamid ..
sekian assalamualaikum.
Selamat hari raya maaf zahir dan batin.. 
Kredit: Abd Hamid
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment