DAP Tolak PPBM Monopoli Jawatan Tertinggi Dalam Gabungan Pakatan Harapan


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, menolak kemungkinan dua jawatan utama Pakatan Harapan diisi tokoh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

"Saya tidak akan bersetuju jawatan pengerusi dan presiden (HARAPAN) diisi oleh BERSATU. Ini adalah suatu monopoli dan penguasaan kawalan (terhadap HARAPAN)," katanya kepada media di Kuala Lumpur hari ini.

Lim ditanya mengenai kemungkinan kedua-dua jawatan berkenaan - yang belum diketahui kedudukannya - diisi oleh Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad dan presiden parti itu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut ketua menteri Pulau Pinang itu, HARAPAN belum membuat keputusan muktamad mengenai barisan kepimpinan gabungan pembangkang itu.

Lim turut menegaskan sebarang keputusan diambil mesti secara sepakat antara anggota parti HARAPAN.

"Saya tidak tahu bagaimana cadangan ini boleh bocor kepada media," katanya.

Sebelum ini BERSATU didakwa mencadangkan Dr Mahathir dan Muhyiddin mengisi dua jawatan tertinggi HARAPAN.

Anwar tetap relevan.

Gabungan itu perlu menyediakan barisan kepimpinan sebelum boleh mengemukakan permohonan kepada Pendaftar Pertubuhan.

Mengenai cadangan supaya Dr Mahathir mengetuai HARAPAN pada pilihan raya umum akan datang, Lim berkata, bekas perdana menteri itu boleh dilantik sebagai antara watak utama bersama pimpinan lain.

Pada awalnya HARAPAN dilaporkan bakal melantik Dr Mahathir sebagai penasihat bersama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

BERSATU pula dikatakan menyerahkan cadangan kepada HARAPAN dengan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat.

Dr Wan Azizah pula dilantik sebagai timbalan pengerusi, manakala Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali diletakkan sebagai timbalan presiden HARAPAN.

Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu, dan Lim pula dinamakan sebagai naib presiden.

Kata Lim jika Dr Mahathir sedia menjadi satu daripada ketua gerakan menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan BN, beliau boleh diberikan satu daripada peranan utama.

Sementara itu Lim menegaskan Anwar masih tokoh yang relevan dalam politik negara ini walaupun selepas disabitkan kesalahan di mahkamah.

"Kami kami menyokong Anwar sebagai calon perdana menteri tetapi kita perlu terima hakikan beliau tidak boleh menduduki jawatan itu terus atas faktor kelayakan (undang-undang).

"Justeru, akan ada tempoh peralihan sementara," katanya.

KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment