Cukai Pelancongan, Hanya Wajar Dikenakan Kepada Pelancong Luar Negara - PCM


Susulan kemelut yang timbul berkaitan Cukai Pelancongan seperti yang panas di media massa dan media sosial ketika ini, Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan telah mengeluarkan satu Kenyataan Media untuk menyuarakan cadangannya.

Berikut adalah kenyataan penuh dari beliau:

Kenyataan Media

PCM cadangkan Cukai Pelancongan dikenakan hanya kepada pelancong luar negara. 

1. Saya merujuk kepada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz baru - baru ini dimana beliau mengesahkan bahawa satu bentuk Cukai Pelancongan akan dilaksanakan di negara ini . Kadar cukai ini adalah antara RM2.50 dan RM20 untuk penginapan satu malam dan akan dikenakan kepada semua pelancong warga tempatan dan luar negara bermula 1 Julai ini.
2. Pertama sekali, bagi pihak PCM, saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Malaysia supaya memberi pertimbangan agar cukai ini dijalan dalam dua fasa dimana dalam fasa pertama cukai ini dilaksanakan, ianya hanya dikenakan keatas pelancong dari luar negara sejajar dengan slogan kerajaan Barisan Nasional (BN) iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. 
3. Sudah semestinya bagi pelancong luar negara, cukai RM 20.00 bagi hotel lima bintang ini hanya lebih kurang USD 5.00 bagi mereka dan ianya tidak akan mempengaruhi keputusan mereka untuk bercuti di Kuala Lumpur atau pun mana - mana tempat pelancongan di negara ini. Dengan cara ini, kerajaan dapat menambah dana bagi promosi pelancongan dan dalam masa yang sama rakyat tempatan tidak terbeban dengan cukai baru ini. 
4. Saya berpendapat ini merupakan satu win - win situatuasi bagi semua pihak dan ianya juga dapat meredakan sedikit ketegangan yang berlaku diantara beberapa Menteri Persekutuan dan juga dari Sabah dan Sarawak. Fasa kedua Cukai Pelancongan ini boleh dilaksanakan setelah beberapa interaksi serta townhall dilakukan bersama pemain industri dan persatuan hotel dimana persetujuan bersama dapat dicapai. 
5. Konklusinya, PCM ambil maklum peruntukan kerajaan untuk Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan berkurangan secara mendadak sejak beberapa tahun ini, ekoran kejatuhan harga minyak dan gas asli dunia. Namun, dalam usaha kementerian menambahkan pendapatan mereka untuk meningkatkan industri pelancongan negara, ada beberapa cara lain yang boleh diterokai bersama bagi memastikan cukai ini diterima oleh semua pihak dengan cara yang baik kerana setahu saya selama ini Barisan Nasional ini adalah bukan merupakan sebuah parti Samseng dan rakan rakan dalam BN bolih duduk dan bincang bersama.

Terima Kasih 
Datuk Huan Cheng Guan

Timbalan Presiden
Parti Cinta Malaysia (PCM)
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment