Chelsea Sediakan RM 1.36Billion Untuk "Selesakan" Conte Di Stamford Bridge


LONDON 17 Jun – Chelsea tidak rela Antonio Conte meninggalkan Stamford Bridge dan bagi membuktikan kesungguhan mereka, kelab tersebut telah memperuntukkan sebanyak 250 juta pound (RM1.36 bilion) buat pengurus itu berbelanja secara besar-besaran.

Conte bertelingkah dengan ketua perunding kepada pemilik kelab, Roman Abramovich, Marina Granovskaia ketika berbincang mengenai usaha memperkukuhkan Chelsea sejurus selepas membawa kelab London itu muncul juara Liga Perdana Inggeris pada musim pertamanya.

Menurut media Itali, pengendali Blues itu tidak gembira de­ngan keengganan Granovskaia memenuhi tuntutan harga yang tinggi terhadap beberapa pemain yang menjadi sasaran Conte pada pasaran perpindahan, musim panas ini.

Chelsea kini bersedia dengan perancangan untuk mendapatkan pemain pertahanan, Leo­nardo Bonucci dari Juventus yang bernilai 50 juta pound (RM272 juta), meskipun pemain tersebut telahpun menginjak usia 30 tahun, bulan lalu.

Rundingan juga sedang berjalan bagi mendapatkan pemain tengah, Tiemoue Bakayoko dari Monaco yang berharga 40 juta pound (RM218 juta).

Selain itu, Blues juga bakal mengesahkan ketibaan penyerang, Romelu Lukaku dari Everton yang berharga 75 juta pound (RM409 juta) dan turut memantau perkembangan seorang lagi pemain Juventus iaitu bek kiri, Alex Sandro.

Chelsea dijangka membeli lebih ramai pemain, selain empat pemain yang menjadi sasaran utama Blues. Bagaimanapun, usaha Chelsea menjadikan Conte sebagai pengurus yang menerima bayaran termahal dalam sejarah kelab itu, dengan kontrak bernilai hampir 10 juta pound (RM54 juta) setahun masih lagi dalam pertimbangan.

Walaupun, Chelsea terpaksa berdepan dengan pelbagai tekanan, kelab tersebut tidak berhasrat untuk kehilangan Conte.

Di sebalik kekecewaan pengurus itu yang didedahkan media Itali, Chelsea tetap yakin Conte akan terus menerajui kelab tersebut bagi mempertahankan gelaran, musim depan.

Conte, secara rutin sering bertelagah dengan kelab terdahulunya, Juventus, dan pada kali ini, dia berbuat perkara yang sama dengan Chelsea.

Cukup terkenal dengan sikap autoritinya di dalam bilik persalinan, Conte dikatakan mahu lebih kuasa bagi mengendalikan perpindahan pemain dan juga di kelab tersebut. – AGENSI
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment