Chelsea Rancang Sabotaj Gerakan Manchester United


CHELSEA merancang untuk 'hijack' langkah Manchester United mendekati Alvaro Morata.

Kelab tersebut mahu penyerang Real Madrid itu menggantikan Diego Costa yang semakin dekat untuk kembali ke Atletico Madrid.


Morata difahamkan telah bersetuju dengan terma United untuk perpindahannya ke Trafford, namun pemilik Chelsea, Roman Abramovich telah menyetujui kontrak bernilai 70 juta pound sterling (RM383 juta) dan berharap untuk menariknya ke Stamford Bridge.

Everton mendedahkan bahawa Romelu Lukaku turut diintai oleh pemenang Liga Perdana Inggeris itu bagi menggantikan Costa.

Majikan Chelsea, Antonio Conte memberitahu Costa melalui khidmat pesanan ringkas bahawa pemain itu tidak berada dalam perancangannya untuk musim akan datang. - Mirror
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment