Cerita Sebenar Harumanis Dibakar, Tiada Kena Mengena Dengan Kejatuhan Harga Pasaran


Sejak beberapa hari lalu, heboh disebarkan keratan akhbar di atas melalui sistem pesanan whatsapp.

Natijahnya, tindakan petani yang membakar harumanis itu dikecam netizen dan ada yang melemparkan pelbagai cacian terhadap mereka.

Namun, bagi mendapatkan cerita sebenar, admin kepada halaman facebook Perlis Aktif telah meninjau sendiri kawasan yang dimaksudkan.

Berikut adalah apa yang dikongsikan oleh pemilik halaman tersebut;

Laporan dan foto eksklusif dari Admin II PerlisAktif. 







Semalam viral isu pekebun harumanis bakar buah disebabkan harga runtuh. Pihak kami terus berjumpa sendiri pemilik ladang tersebut untuk dapatkan kepastian. 
Ternyata memang benar. Buah dibakar begitu banyak sekali. 
Tetapi yang dibakar adalah buah-buah yang rosak. Dimusnahkan begitu bagi membunuh serta mengawal dari penyakit. Tiada kena mengena dengan harga menjunam atau tanda protes. 
Ada netizen yang mengecam, kenapa tak disedekah? 
Buah rosak sememangnya tak boleh disedekah. 
Kesimpulannya, jangan percaya bulat-bulat laporan media yang belum tentu kesahihannya. 
Turun padang dan lihat sendiri. 
Harumanis kebanggaan kami. 
Foto : Admin II
Sumber : Perlis Aktif 

Jika diteliti daripada penjelasan yang dibuat oleh pemilik halaman facebook tersebut, terbukti pemahaman awal yang mengatakan bahawa buah tersebut dibakar kerana harganya jatuh mendadak terbukti tidak tepat.

-My Fokus
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment