Bekas Jurulatih Skuad Kebangsaan, Weigang Meninggal Dunia Di Jerman


Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Karl-Heinz Weigang, meninggal dunia di Jerman pada pagi ini selepas mengalami serangan jantung.

Perkara itu disahkan oleh timbalan presiden Persatuan Bolasepak Perak (PFA), Datuk Shahrul Zaman yahya.

Weigang yang meninggal dunia pada usia 81 tahun pernah mengendalikan skuad Harimau Malaya pada tahun 1979 hingga 1982 serta membantu pasukan negara layak ke Sukan Olimpik 1980.

Dia juga pernah menjadi ketua jurulatih buat skuad Perak pada tahun 1997 hingga 2000 sebelum kembali memegang jawatan itu pada tahun lepas.

Bagaimanapun, kontrak Weigang ditamatkan pada awal tahun ini atas persetujuan bersama.

KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment