Anifah Aman Nasihat Nazri Usah Guris Hati Rakyat Sabah, Sarawak


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tidak wajar membandingkan jumlah hotel lima bintang yang berada di Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Ahli Parlimen Kimanis itu turut menasihatkan agar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu mengambil langkah pertama bagi menyelesaikan perkara ini dengan baik.

“Isu sebegini hendaklah dijelaskan secara baik bagi mengelakkan tercetusnya perkara-perkara yang boleh mengguris hati dan perasaan rakyat di Sabah dan Sarawak,” jelas Anifah dalam satu kenyataan.

Dalam kenyataan itu juga, Anifah juga menasihatkan agar semua pihak agar menghormati satu sama lain.

“Kita di dalam keluarga BN saling menghormati dan menyelesaikan apa jua permasalahan melalui saluran yang betul demi menjaga keharmonian rakyat sejagat,” tegasnya.

“Sebagai seorang rakan dalam Kabinet Persekutuan, saya berpendapat perkara ini seharusnya dibincangkan dengan cara yang lebih diplomasi serta melambangkan semangat perpaduan dalam Barisan Nasional (BN).”

Nazri sebelum ini menyelar Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Karim Abdul Rahman Hamzah sebagai seorang menteri ‘baru’ yang tidak sepatutnya berlagak.

Kenyataan itu dibuat Nazri selepas Karim mencadangkan agar Putrajaya menangguhkan pelaksanaan cukai pelancongan.
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment